Saturday, April 23, 2011
SIBOK
Dari awal bulan 3 aku tak banyak dapat rehat, tido pun tak cukup..Banyak kerja' job tak berhenti mula dengan hantaran, lepas tu kek Sultan Kedah, n sekarang Cik T masuk pasaran Perlis advance oo .. 3.5.2010 aku akan ke sana setting fresh flowers, Cik t takda ke kl melawat cucu dia.Harap2 takda msalah menimpa aku n Kak Syida masa kat sana nanti.Gambar yang aku ambik smua dalam hp laki aku yang dah jahanam tu.. tention gak penat2 buat tapi takda gambar.Muka aku pun dah sembab sekarang ni pasal tak cukup tidoq.. takda kena mengena pun dengan kerja tp memang takleh tido awal, kak Ina slalu bebel setiap kali aku tengok tv or cd tengah2 pagi, dulu masa kat kl aku jumpa doc. ambik ubat tp sekarang dah dok Kedah' leceh lah nak refer..
Friday, March 25, 2011
Masa yang berlalu
Lamanya tak update blog ni.. sibuk dengan hal-hal Cik T, yang lain tu aku dok melengung jer.
Hati tengah risau dan gelisah, rasa sedih macam putus cinta.. mungkin terlalu emosional dengan cerita korea, huh! bilalah fasa pms aku ni nak berlalu.Malam tadi aku lumur timun dekat muka aku.. berkesan tau gebu jer kulit aku ni lepas basuh dengan air suam.Sebenarnya banyak gak aktiviti aku selama aku tak update blog ni tp sekarang hati tengah kusut nak cerita pun takder mood.Nak rakam gambar plak tak bleh sebab hp aku hilang, kemera aku yang mahal tu plak hubby aku bagi ilang..Cerita pasal hubby aku teringat plak dia nak buat sprint test bulan 4 ni, haraplah semuanya berjalan lancar.
Hati tengah risau dan gelisah, rasa sedih macam putus cinta.. mungkin terlalu emosional dengan cerita korea, huh! bilalah fasa pms aku ni nak berlalu.Malam tadi aku lumur timun dekat muka aku.. berkesan tau gebu jer kulit aku ni lepas basuh dengan air suam.Sebenarnya banyak gak aktiviti aku selama aku tak update blog ni tp sekarang hati tengah kusut nak cerita pun takder mood.Nak rakam gambar plak tak bleh sebab hp aku hilang, kemera aku yang mahal tu plak hubby aku bagi ilang..Cerita pasal hubby aku teringat plak dia nak buat sprint test bulan 4 ni, haraplah semuanya berjalan lancar.
Thursday, March 3, 2011
Cupcake chocolate yang sangat sedappp
Tengoklah cupcake yang baru aku buat ni, nyum..nyum..!Sebenarnya masa ni tengah malas dan penat sebab 1hari kat rumah Cik T, corak pun entah aper aper jer. Yang topping dia tu aku guna mocha cheese cream,inti dalamnya pula chocolate strawberry cheese filling..Huh dengar pun dah menarik.Sebenarnya untuk satu kotak ni aku jual rm25 tp oleh kerana aku baik hati aku rasa aku nak kongsi resepi ni,
Chocolate untuk Hubby

Choclate khas buat suami aku,tak sambut aper2 pun cuma saja nak bagi sebab dia suka makan chocolate macam aku.Ni homemade chocolate tau, bukan saje cantik malah sedappp.. klu nak kenalah order..
Monday, February 28, 2011
Mango Cheesecake
![]() | |||||||
Sponge cake
150g tepung sponge mix,30ml susu segar,3biji(A) telur,1/2tsp vanilla essence,35ml minyak jagung.Filling
2 1/2tbsps gelatin (larutkan dalam 100ml jus oren dengan cara double-boiled)
80g gula kastor,250g cream cheese(suhu bilik),350ml whipping cream,350g puri mangga,
1biji buah mangga (dipotong kiub)
Bahan-bahan untuk Puding
120g mango pudding mix(walls punya sedap),500ml air
Cara-cara
Sponge cake:Putar sekali sponge mix,telur dan susu segar dengan kelajuan yang tinggi selama 6min.Masukkan essence vanilla dan minyak jagung.Tuangkan kedalam 9" lined round tin dan bakar lebih kurang 25min ke 30min.
Filling:Pukul cheese dan gula sehingga ringan dan kembang.Tambahkan puri mangga dan whipping cream sebatikan.Masukkan gelatin.Akhir sekali masukkan mangga yang dah dipotong kiub tadi dan gaul rata.
Sudahan Akhir:Letakkan sponge cake kedalam 9"loose-base cake tin.Tuang cheese filling, quick-set dalam freezer lebih kurang 10min.Masak mango mix puding dan air hingga mendidih(kacau selalu watu masak lebih kuran 5-10min).Tunggu hingga suam baru tuang dalam cheese cake yang kita set dalam freezer tadi.Masukkan semula dalam peti sejuk biarkan semalaman sebelum dipotong.
Ini adalah salah satu kek yang paling aku suka sebab sangat-sangat sedap.Aku buat kek ini masa hari pertunangan kak ina(kak ipar).Ada banyak lagi kek yang aku buat tp aku tulis yang ni dulu sebab aku tengah sakit gigi ni.
Thursday, February 24, 2011
Birthday Kasih
Bear pink yang peluk nombor satu ni adalah kek birthday Kasih anak Kak Intan (adik mak mertua aku punya anak).Cute macam Kasih.
.
Haa.. yang ni plak card invitation untuk birthday Kasih. Kak ipar(Kak Ina) aku sponsored. Banner kat belakang tu pun dia sponsored gak sbb keja dia mmg wat iklan pun.Kedai dia berpusat di Hutan Kampung, Alor Setar
Meriah betul waktu ni.. Melayan kerenah budak-budak yang datang, Kak Ina siap buat game.. Sebenarnya gambar ni dah 2tahun yang lepas, bermula dari sini lah aku terasa idup aku yang kosong dipenuhi dgn benda benda comel ni untuk buat terima kasih cik t untuk semua ilmu yang diturunkan. Buat kek buat craft tp buat kek ni modal tinggi penat jugak sebab tu aku nak belajar menjahit pulak lepas ni..
Menara cupcake wedding Shila
Maksu, Maklang and sepupu Sabrina |
Tuesday, February 22, 2011
Masa aku di kampung
Dah lama aku tak update blog ni, aku pulang balik Johor sbb mama aku sakit, perjalanan bas hampir 12jam nak tercabut rasanya pinggang aku ni.Takder benda yang menarik pun terjadi melainkan hubby aku lupa pasal anniversary kami.Tapi takper aku happy gak sebab dapat luangkan masa dengan mama dengan abang kak dengan anak-anak saudara aku yang ramai tu..
Tuesday, January 25, 2011
Door Gift untuk wedding Annas
Dua hari lagi aku attend kenduri Annas sepupu aku.Cup cake ni lah yang Maksu Zah oder kat aku tp sampai la tak siap-siap lagi nampaknya malam ni aku kena pulun. 120 biji ooo... sbaik ada cik t leh gak aku mengendeng dia bukan ambek kesempatan nooo
Sunday, January 23, 2011
Pengat Labu Cik T
Minggu lepas aku sibuk sangat dengan projek kek Sultan Kedah, 16 Jan yang lalu hari keputeraan baginda.Dalam dok sibuk sibuk tu sempat lagi Cik T jamu kami dengan pengat labu dia. Sedap gila habak hang! dengan pekatnya,dengan wanginya,dengan manis dan lemaknyerr.Terbaik oooo..Malam ni aku tido kat rumah kedai Cik T aku pun ambil peluanglah mengendeng resepi pengat labu tu..
BAHAN-BAHAN:
- labu sebiji saiz sederhana (potong kiub lebih kurang dalam 3inci)
- kelapa 1 biji (perah ambil santannyer)
- gula merah 250gram.
- gula putih 80gram
- gula kabung 1 ketul (cari yang pior kelapa nira kat tesco ada jual kilo)
- 3 helai daun pandang
- sagu 4 camca (rendam dulu sampai jernih)
- 4 cawan (1 cawan untuk direbus dengan gula dan 3 cawan lagi untuk empukkan labu)
CARA BUAT:
- Masak tiga jenis gula diatas serentak dengan 1 cawan air sampai gula hancur dan sebati.Tunggu air gula suam kemudian tapis air gula tersebut.
- Naikkan semula air gula atas dapur. Masukkan daun pandan dan labu yang dah dipotong dadu, tambah 3 cawan air.
- Bila labu dah empuk masukkan sagu.Biarkan dalam 5 min kecilkan api masukkan pula santan ( bila dah masukkan satan kena kacau kuah sentiasa supaya tak pecah minyak)
- Masak lebih kurang 10min atau sehingga sagu kembang. Sedia dihidang
Friday, January 21, 2011
RESOLUSI 2011
DEMAK RINO S
Demak Rino S, pink? tidak kot, tak sesuai dengan umur. Sekarang ni aku tgh menyimpan duit kaw-kaw ibarat macam tokwan yang menyimpan duit bawah tilam.
LESEN
Selama ni aku menyenget bawak kereta.. salah satunyer kereta kak ipar aku.Mungkin bukan rezeki JPJ nak saman aku sebab tu aku selalu terlepas. Tahun ni aku berazam untuk abiskan lesen aku tu..
RENANG
Banyak sangat impian aku tahun ni salah satunyer

LESEN
Selama ni aku menyenget bawak kereta.. salah satunyer kereta kak ipar aku.Mungkin bukan rezeki JPJ nak saman aku sebab tu aku selalu terlepas. Tahun ni aku berazam untuk abiskan lesen aku tu..
RENANG
Ni lagi satu hal.. duit kelas renang dah abis bayar tp hampir 2 tahun aku tak mengadap muka cikgu renang tu. Belagak gila padahal aku baru 2 kali datang kelas dia, sampai masa aku lupa terus.. Tahun ni aku nak bg habis harap-haraplah cikgu renang tu tak lupa muka aku
MENJAHIT
Salah satu hobi aku ialah melaram tp kebanyakkan fashion sekarang ni bukan selera aku.. sbb tu aku nak sangat belajar menjahit kata Tehpa (mak saudara) "Dia kat rumah tak gaduh wat pa, goyang kaki ja duit masuk" tp cita-cita aku nak balajar kat pin.. jenuh nak simpan duit
MENJAHIT
Salah satu hobi aku ialah melaram tp kebanyakkan fashion sekarang ni bukan selera aku.. sbb tu aku nak sangat belajar menjahit kata Tehpa (mak saudara) "Dia kat rumah tak gaduh wat pa, goyang kaki ja duit masuk" tp cita-cita aku nak balajar kat pin.. jenuh nak simpan duit
Subscribe to:
Posts (Atom)